Felda Besout 01
Wednesday, 17 August 2011
Kenali Felda Gunung Besout 01 ?
Kepercayaan silam inilah yang telah menerbitkan nama Gunung Besout yang kini didiami oleh 5 buah penempatan Felda dibawah rumpun gugusan Gunung Besout. Salah satu daripadanya adalah penempatan Felda Gunung Besout 1.
Ditubuhkan pada tahun 1973, Felda Gunung Besout 1 terletak di mukim Sungkai dalam daerah Batang Padang. Ianya dihuni oleh 520 buah keluarga peneroka yang mengusahakan kelapa sawit sebagai tanaman utama.
Jumlah penduduk yang dianggar mencecah lebih 4000 orang ini terbahagi kepada beberapa blok. Setiap blok diwakili oleh seorang Ketua blok yang bertanggungjawab menjaga kepentingan dan kebajikan komuniti di blok tersebut.
Selain didiami oleh golongan peneroka, Felda Gunung Besout 1 juga didiami oleh ahli komuniti lain yang terdiri daripada guru, pekerja kilang, dan juga pekerja swasta.
Subscribe to:
Comments (Atom)
